Ford Ranger SE terjah pasaran Malaysia – Hanya 100 unit sahaja & RM108k

By  |  0 Comments

ford-ranger-se-1

Dalam diam-diam, Sime Darby AutoConnexion telah melancarkan Ford Ranger Special Edition (SE) yang dihasilkan dengan jumlah yang terhad iaitu hanya 100 unit sahaja.

For Ranger SE ini adalah berdasarkan model 2.2 XLT Automatik 4×4 Hi-Rider dan ia telah menerima sedikit perubahan rupa bagi menampakkan kelainannya. Ia ditampilkan dengan gril hadapan berwarna hitam, palang Sport Edisi Istimewa dan bampar belakang juga dicat dengan warna hitam. Ia turut didatangkan dengan bedliner, pemijak sisi dan fender flare.

Model edisi istimewa ini menawarkan dua pilihan warna luaran iaitu Black Mica dan True Red.

Bagi bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan material kulit berwarna hitam bagi tempat duduknya, kekemasan dalaman dengan material yang sama serta skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci bersama navigasi dan kamera undur.

ford-ranger-se-2

Walau bagaimana pun, tiada perubahan daripada segi mekanikalnya dan model pikap ini masih dijanakan oleh enjin 2.2 liter commonrail direct injection yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 PS pada 3,700 rpm dan tork 375 Nm pada 2,500 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Harga atas jalan yang ditawarkan bagi Ranger SE ini ialah RM108, 200 tanpa insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *