Toyota bakal dedah Prius generasi ke-4 pada 8 Sept ini

By  |  0 Comments
Toyota Prius generasi ketiga

Toyota Prius generasi ketiga

Jurucakap Toyota, Ryo Sakai, telah mendedahkan pengeluar kenderaan terkemuka ini bakal mendedahkan model Prius generasi ke-empat pada 8 September ini. Pengumuman dan pengenalan secara rasmi itu akan berlangsung di Las Vegas.

Menurut sumber, Prius baharu ini menerima banyak perubahan fizikal berbanding model sebelumnya memandangkan dahulu Toyota banyak menerima kritikan mengenai rekaan luarannya. Bagi model generasi baharu ini, lampu utama LED dan rekaan bahagian belakangnya lebih menonjol.

Bahagian kabinnya juga menerima penampilan yang lebih segar termasuk kehadiran roda stereng tiga-jejeari, kekemasan berwarna putih dan skrin yang lebih besar untuk sistem infotaimen.

Dengan kod nama 690A, Prius baharu ini akan membawa konsep Toyota New Global Architecture (TNGA) dan ia lebih signifikan berbanding model terdahulu. Malah beratnya juga dikurangkan serta kuasa elektriknya akan ditambah dari 17.7 km ke 56 km hasil dari penambahan input pada pek bateri.

Menariknya, Prius baharu ini juga dikatakan akan ditawarkan dengan sistem pacuan semua-roda. Malah motor elektriknya juga akan bekerjasama dengan enjin 1.8 liter empat-silinder yang mampu memberikan kuasa sehingga 150 PS.

Prius ini dijangkakan akan diperkenalkan bagi versi hibrid terlebih dahulu sebelum varian plug-in hybrid menyusul pada tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *