Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 : Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan hingga 17 Sept

By  |  5 Comments

Proton Design Competition 2015

Proton Holdings Berhad, telah melanjutkan tarikh tutup penyertaan bagi Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 hingga 17 September ini.

Ia bagi memberikan peluang kepada para peserta khususnya yang bersekolah menengah untuk mempersiapkan penyertaan masing-masing memandangkan dalam tempoh masa yang diberi, ia melibatkan beberapa tarikh perayaan dan juga persediaan bagi menghadapi peperiksaan PT3.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan yang sah dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori 1 adalah terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002).

Manakala Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997) dan hanya merupakan penyertaan individu sahaja. Penyertaan secara berkumpulan adalah tidak diterima.

Proton-Design-Competition-2015-4

Bagi menyertai Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 ini, borang penyertaan bolehlah dimuat turun menerusi laman web rasmi www.proton.com dan juga cawangan-cawangan Proton yang terpilih di seluruh Malaysia. Borang penyertaan yang difotokopi adalah tidak diterima.

Untuk mengetahui informasi dan tips berkaitan dengan penyertaan, bolehlah melayari Paultan.org dan Infokereta.com yang merupakan rakan rasmi dalam-talian bagi Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *