Honda Malaysia tawar promosi khas Merdeka – Rebat tunai atau servis percuma

By  |  0 Comments

Honda_Merdeka

Bagi yang ingin membeli kenderaan baharu, mungkin tawaran daripada Honda Malaysia ini mampu menambat hati. Sempena dengan sambutan Kemerdekaan yang ke-58, Honda Malaysia telah melancarkan kempen “Celebrate Unity With A Unity Of Rewards”.

Ia menawarkan rebat tunai, penyelenggaraan percuma, kad petrol, diskaun bagi aksesori terpilih serta peluang memenangi bauncer percutian sepanjang Ogos ini.

Bagi pembelian City, Civic, Accord, Jazz dan Odyssey, Honda Malaysia menawarkan pakej servis percuma selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Jika anda memilih rebat tunai pula, sebanyak RM1,500 untuk City, RM1,800 bagi Civic, Accord (RM1,800/RM1,900 untuk Accord 2.4 VTi-L), Jazz (RM1,600) dan Odyssey 2.4 EXV (RM2,000).

Honda_Jazz13

Apa saja pilihan anda, kad petrol bernilai RM1,000 juga akan diperolehi (termasuk pembeli CR-V), ditambah pula dengan Bonus Merdeka termasuk rebat RM1,500 bagi Civic, RM2,200 (Accord), RM1,000 (CR-V) dan RM1,200 (Jazz).

Honda Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 50% bagi aksesori terpilih untuk model City, Civic, Accord dan Jazz.

Bukan itu sahaja, bagi yang membeli mana-mana model Honda di antara 1 Ogos sehingga 31 September, turut berpeluang menyertai cabutan bertuah, dengan 20 daripada pemenangnya akan menerima baucer percutian domestik bernilai RM2,500 serta hadiah eksklusif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *