Proton Saga Plus tampil dengan 5 elemen ekstra

By  |  1 Comment

Saga_1

Telah berjaya terjual lebih 500,000 unit sejak ia diperkenalkan lapan tahun yang lalu, kini generasi kedua Proton Saga menjadi antara model buatan nasional terlaris di pasaran. Ia didorong oleh faktor prestasi enjin yang bagus, penjimatan bahan api, ruang yang lebih selesa dan tahap keselamatan, membuatkannya memiliki nilai wang yang tersendiri.

Terbaru, Proton telah memperkenalkan varian baharu bagi Saga iaitu Saga Plus. Ia dijanakan oleh enjin 1.3 liter Campro IAFM dan boleh didapati dengan transmisi manual dan CVT.

Saga Plus dijual pada harga atas jalan serendah RM33,242 hingga RM36, 576 seunit. Ia bakal memasuki semua bilik pameran Proton mulai 15 Ogos ini.

Apa yang menarik tentang Saga Plus ini?

Terdapat lima elemen extra yang ditampilkan dan ia tidak mengundang sebarang pertambahan harga! Elemen yangb dimaksudkan ialah rim aloi bersaiz 14-inci, kid badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang yang sama dengan warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’.

“Perkataan ‘Plus’ merupakan reflek terhadap pertambahan elemen yang ada pada model Saga SV sedia ada. Walau pun mengalami pertambahan elemen, namun tiada perubahan harga, tetapi memberikannya imej yang menarik,” ujar Dato’ Abdul Harith Abdullah, CEO PROTON.

Saga Plus ini telah pun bersedia menerima tempahan dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *