Land Rover Discovery Sport bakal dilancarkan bagi pasaran Malaysia dua minggu lagi

By  |  0 Comments

Land_Rover_Malaysia

Land Rover Malaysia telah pun mendedahkan pelancaran SUV mewah Land Rover Discovery Sport bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi menerusi laman Facebook rasminya.

Ia tercatat bahawa SUV mewah ini akan muncul pada 22 Ogos ini dan pelancaran umumnya akan berlangsung di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Pada penghujung Mei lalu, Land Rover telah menampilkan Discovery Sport Sport SD4 ini secara eksklusif untuk tatapan pihak media. Model ini merupakan pengganti kepada Freelander 2, dan ia bakal ditawarkan dengan dua pilihan ‘jantung’ iaitu enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo dengan kuasa 240 PS dan 2.2 literFord/PSA turbodiesel bersama kuasa 190 PS/420 Nm.

Penjana kuasanya turut dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan dan dilengkapi dengan pedal penukar gear.

Infokereta.com akan membawakan maklumat lanjut pada hari pelancaran SUV mewah ini.

Land Rover Discovery Sport SD4

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *