Honda Accord Coupe 2016 tampil dengan imej yang lebih segar

By  |  0 Comments

Honda_Accord_Coupe_2016_36

Selepas memperkenalkan Accord sedan 2016 beberapa minggu yang lalu, kini tiba pula giliran Accord Coupe 2016 didedahkan.

Walau pun hanya menampilkan pembaharuan kosmetik yang agak minimal, namun ia tetap menonjolkan kesegaran pada imejnya. Kehadiran lampu kabus LED (bagi varian Sport dan spesifikasi tinggi) bersama lampu utama umpama Acura dengan teknologi LED, bahagian depannya jelas lebih mempesona.

Manakala bahagian belakang juga mengalami sedikit perubahan serta penampilan rim aloi dengan rekaan baharu dan dua tona warna pada bahagian kerangka iaitu Still Night Pearl dan Deep Blue Opal Metallic memberikan biasan yang berbeza berbanding model terdahulu.

Bahagian kabinnya pula dihiasi dengan kekemasan berwarna hitam berkilat bagi Accord Coupe LX-S dan semua varian juga menampilkan rekaan meter yang baharu.

Honda_Accord_Coupe_2016_21

Kekemasan metal pada bahagian papan pemuka bagi varian Accord Coupe EX dan model spesifikasi tinggi bersama kamera pandang belakang, paparan bagi audio bersaiz tujuh-inci yang boleh menyokong aplikasi Android Auto dan CarPlay antara elemen yang dipertaruhkan.

Berkenaan dengan penjana kuasanya, Honda Accord Coupe 2016 ini dipadankan dengan enjin 2.4 liter empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 185 hp pada 6,400 rpm dan 245Nm pada 4,900 rpm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau CVT.

Honda_Accord_Coupe_2016_48

Bagi varian enjin V6 pula, ia mampu menyalurkan kuasa sehingga 278 hp pada 6,200 rpm dan 341Nm pada 4,900 rpm menerusi lonjakan gear manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan. Jika ia menggunakan transmisi automatik, enjin V6 tersebut akan didatangkan dengan Pengurusan Pembolehubah Silinder iaitu dioperasikan oleh tiga-silinder yang memberikan lebih kuasa tanpa menggunakan lebih bahan bakar.

Selain itu, Honda Accord Coupe 2016 ini turut ditampilkan dengan stereng berkuasa elektrik, brek hadapan yang lebih besar, roda bersaiz 19-inci, Amplitude Reactive Dampers dan Hydraulic Subframe Bushings bagi pengendalian yang lebih optimum.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *