Panggilan semula Toyota berhubung beg udara untuk model Jan 2006-Dis 2011 tidak melibatkan Malaysia

By  |  0 Comments

Toyota-avalon

Baru-baru ini, Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengeluarkan kenyataan untuk memanggil semula 2.3 juta kenderaannya yang diproduksi antara Januari 2006 hingga Disember 2011 ekoran masalah pengepam beg udara bahagian pemandu.

TMC turut menjelaskan semua pengedar akan menghubungi para pemilik model kenderaan berkenaan dan penggantian bagi komponen terbabit tidak akan dikenakan sebarang kos terhadap pelanggan yang terlibat.

Namun, petang ini, UMW Toyota Motor telah mengumumkan program panggil semula ini tidak melibatkan semua model kenderaan Toyota yang dipasarkan di Malaysia. Justeru, ia dapat menyingkirkan kegusaran bagi semua para pelanggannya yang tertanya-tanya mengenai status keselamatan kenderaan mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *