BHPetrol tawar diesel gred Euro 5 di 20 stesen di Lembah Klang

By  |  1 Comment

BHPetrol Infiniti Euro 5 Diesel 3

Pada November tahun lalu, buat pertama kalinya di Malaysia, diesel Euro 5 telah pun diperkenalkan di Malaysia oleh stesen minyak BHPetrol. Pada ketika itu, bahan api ini hanya boleh didapati di beberapa buah stesen minyak berkenaan di bahagian selatan termasuklah BHPetrol Pagoh Selatan, BHPetrol Pagoh Arah Utara, BHPetrol Tebrau 2 dan BHPetrol Pasir Gudang 3.

Hari ini, BHPetrol telah mengumumkan akan menawarkan diesel gred Euro 5 Infiniti terbaharu di 20 stesen minyaknya di Lembah Klang menjelang akhir September ini. Majlis pengumumannya telah pun berlangsung pagi tadi di BHPetrol Sungai Besi.

BHPetrol Infiniti Euro 5 Diesel 1

Beberapa stesen BHPetrol pula akan turut menjual bahan api ini iaitu mulai 10 September ini iaitu BHPetrol Subang Airport, BHPetrol Jalan Genting Klang (Arah Kuala Lumpur), dan BHPetrol MRR2.

Disusuli di BHPetrol Mutiara Damansara, BHPetrol Lebuhraya Pulau Indah, BHPetrol Jalan Batu Caves dan BHPetrol Taman Connought.

Menurut Pengarah Urusan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Tan Kim Thiam, syarikat ini merancang memperluas penawaran diesel baharu itu ke stesen BHPetrol di pantai barat seperti Melaka tahun depan.

Diesel itu akan dijual pada harga RM2.30 seliter, iaitu 10 sen lebih tinggi berbanding harga diesel Euro 2M sedia ada.

Buat masa ini, BHPetrol mempunyai 350 stesen minyak di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak, dengan 150 daripadanya terletak di Lembah Klang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *