Audi S8 Plus miliki hamburan kuasa 605 PS

By  |  0 Comments

Audi_S8_Plus_2

Tidak pernah terlewat untuk memperkenalkan generasi baharu bagi model sedia ada, terbaru, Audi telah pun memperkenalkan versi S8 Plus bagi model generasi terkini A8.

A8 S8 Plus ini dikatakan varian yang paling berkuasa buat setakat ini. Ia direka agak berlainan berbanding S8 standard dan ditampilkan dengan spoiler lip pada bahagian belakang yang sama dengan warna kerangka.

Manakala bingkai tunggal gril dan bar berkembar pada bahagian hadapan ditampilkan dengan warna hitam berkilat bersama struktur ‘sarang lebah’ pada bahagian corong udara serta skrin radiator berwarna hitam pekat. Lampu utamanya pula menampilkan teknologi Matrix LED sebagai elemen standard dan lampu indikator yang lebih berdinamik.

Pada bahagian kabinnya, imej sporty merajai segenap ruang termasuk pada tempat duduk balutan kulit sepenuhnya dengan jahitan kontras berwarna merah. Manakala konsol tengahnya tampil dengan kekemasan hitam berkilat, sementara itu pedal dan perehat kaki pun dibaluti keluli tahan karat.

Elemen standard yang ditampilkan pada A8 S8 Plus ini termasuklah pencahayaan ambien, pakej dalaman kulit sepenuhnya, pakej Alcantara, pintu berkuasa dan penukar DVD/CD.

Bukan itu keistimewaan yang ingin ditampilkan oleh Audi pada jentera ini, tetapi penjana kuasa yang dipilih iaitu enjin 4.0 TFSI dengan kuasa yang sungguh mengagumkan iaitu 605 PS dan tork setinggi 700 Nm yang boleh melonjak sehingga 750 Nm pada mod overboost.

Audi A8 S8 Plus ini memerlukan hanya 3.8 saat untuk dipacu dari 0-100 km/j dan mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 250 km/j (dan mungkin boleh mencecah sehingga 305 km/j).

Audi_S8_Plus_11

Modifikasi bagi 4.0 TSFI ini adalah dari kawalan enjin istimewa dengan kelajuan dan tekanan lonjakan kuasa yang menukar injap ekzos dan geometri dalaman pada pengecas turbo bagi mengoptimakan daya efisien. Unit ini turut dipadankan dengan kotak gear tiptronik lapan-kelajuan yang menghantar kuasa kepada kesemua roda menerusi sistem quattro.

Ia bakal dijual mulai hujung November ini dipasaran global dengan harga bermula 145,200 EUR.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *