Candico jadi pilihan bagi nama kereta sport Thai

By  |  0 Comments

Candico_1

Aeterno Motors telah menyebarkan foto teaser kereta sport mereka yang bakal diperkenalkan. Memilih nama “Condico” (bermaksud “Untuk menyelesaikan” perbincangan atau pendebatan), kereta sport yang dibangunkan di Bangkok ini, telah direka oleh Jennarong Muengtaweepongsa dari Vanatical Design yang juga merupakan pengasas bersama Aeterno Motors.

Percaya atau tidak, Jennarong Muengtaweepongsa yang baru berusia 15 tahun ini mampu menghasilkan rekaan bagi kereta sport malah sebelum ini beliau turut banyak menghasilkan karya seumpama ini. Antaranya PSC Motors SP-200 SIN (bakal diperkenalkan pada 2016) serta dua karya konsep bagi Aston Martin DB11 dan Koenigsegg Legera.

Candico iaitu kereta sport enjin premium pertengahan ini dijadualkan bakal dijual tahun hadapan dan mungkin bakal menyaingi jentera sehebat Porsche 911. Ia mungkin dijual pada harga bermula $85,000 sehingga $130,000.

Jennarong Muengtaweepongsa berkata, “Kita selalu mendengar permulaan syarikat kereta setiap hari, tetapi tidak semua yang menjadi kenyataan. Namun ada yang mampu menghasilkan produk yang biasa sahaja seperti mana yang ada dalam pasaran. Tetapi misi kami ialah ingin menghasilkan sesuatu yang penuh kelainan.”

Selain Condico, Aeterno Motors juga bakal melancarkan produk lain yang diletak di bawah label Vindico dan Eradico.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *