Siri jelajah Volkswagen diteruskan di beberapa lokasi

By  |  0 Comments

VW_BUG_1

Bagi penggemar Volkswagen atau yang mencari-cari kenderaan baharu untuk dimiliki, anda mungkin boleh berkunjung ke beberapa buah lokasi berkenaan bagi meninjau-ninjau barisan produk keluaran jenama dari Jerman ini.

Malah sempena kerjasama Volkswagen dengan Kuala Lumpur Fashion Week buat julung-julung kalinya, dua buah ikon jenama tersebut iaitu Beetle dan Golf dipamerkan di pusat membeli-belah Pavilion dan Fahrenheit. Prebiu eksklusif edisi terhad Beetle Club juga akan diadakan di pintu masuk Pavilion sepanjang acara KL Fashion Week berlangsung.

Siri Jelajah Volkwswagen akan berada di lokasi pada tarikh berikut :

VW_Roadshow

Para peminat jenama Volkswagen akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen pembiayaan terkini dan harga-harga istimewa yang lain. Pada setiap hari siri jelajah itu berlangsung, seorang pemenang bakal membawa pulang sekeping baucar petrol bernilai RM200 dengan hanya menyertai peraduan Instagram yang mudah.

Bulan ini turut menyaksikan kembalinya karnival jualan Volkswagen. Karnival itu akan diadakan di IOI City Mall bermula 5 hingga 9 Ogos. Para pengunjung berpeluang untuk membawa pulang barangan-barangan eksklusif. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui kuasa kejuruteraan Jerman dengan lebih mendalam.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *