Honda Malaysia umum peningkatan 51% sasaran jualan separuh pertama 2015

By  |  0 Comments

HRV_01

Mensasarkan jualan sebanyak 85,000 unit pada 2015, nampak gayanya Honda Malaysia berada di landasan yang betul dan telah pun mencapai sejumlah 43,597 unit pada separuh pertama tahun ini.

Malah pencapaian itu turut meletakkan Honda Malaysia menduduki ranking pertama dalam Segmen Bukan-Nasional dari Januari hingga Jun tahun ini. Sekali gus menyumbang sebanyak 13.5% pada Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi separuh pertama tahun ini. Dalam jangka masa yang sama, unit jualan turut meningkat sebanyak 6,408 unit atau pun 17% lebih tinggi, berbanding 37,189 unit pada separuh pertama 2014.

Honda_City_35

Prestasi enam bulan pertama ini menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsakannya dengan jualan purata melebihi 7,200 unit sebulan. Pada Mac lalu, Honda Malaysia mencatatkan rekod jualan tertinggi iaitu 9,582 unit. City merupakan model yang paling tinggi jualannya iaitu menyumbang sebanyak 41% bagi jualan keseluruhan. Diikuti dengan Jazz (19%), dan HR-V (17%).

Sehingga Jun 2015, Honda Malaysia mempunyai 82 pengedar di seluruh negara dan bakal membuka lagi lapan cawangan menjelang tahun 2016 serta mensasarkan jualan tahunan sebanyak 100,000 unit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *