Perodua memperkenalkan program kesetiaan pelanggan UFirst

By  |  6 Comments

Axia_Ext_04

Mulai 1 Ogos lalu, Perodua telah memperkenalkan program kesetiaan pelanggan yang paling komprehensif yang memberi ganjaran pembelian untuk semua produk, perkhidmatan dan juga dengan mengambil bahagian dalam acara-acara rasmi Perodua.

“Program yang diberi nama ‘UFirst: Perodua’s passport for brighter and better days’ ini mensasarkan untuk memberikan program terbaik bagi semua pelanggan kami. Ia turut membuktikan komitmen kami terhadap keperluan para pelanggan, secara tidak langsung membina hubungan yang lebih berpanjangan,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Aminar menambah, untuk mengambil bahagian di dalam program ini, para pelanggan perlulah mendaftar di laman web rasmi Perodua untuk mengumpul poin yang kemudian boleh menebus barangan, perkhidmatan dan juga boleh digunakan untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Perodua.

UFirst terbuka untuk semua orang, berusia 18 tahun ke atas, tidak kira sama ada pemilik kenderaan Perodua atau tidak.

Pada September ini, Perdoa juga bakal melancarkan aplikasi dalam talian untuk mengetahui jumlah poin yang terkumpul, pemberitahuan tawaran untuk para pengguna, tip pemotoran dan panggilan telefon untuk bantuan atas jalan yang ditawarkan.

Menerusi program ini, ia turut menawarkan perkhidmatan penundaan dan kecemasan percuma, urusan bagi perkhidmatan jualan Perodua termasuk diskaun menarik, jemputan ke sebarang acara, tip menjaga kenderaan, baucer eksklusif harijadi dan pelbagai lagi,

“Program pertama UFirst yang direncanakan ialah pemanduan ‘Adventure Quest’ ke ladang agro di Kluang, Johor iaitu pada 3 hingga 4 Oktober ini. Para peserta turut berpeluang menikmati pakej bernilai RM480 bagi yuran penyertaan minima RM108, peluang memenangi wang tunai termasuk gajet yang menarik. Malah ahli yang mendaftar dari 1 hingga 31 Ogos ini juga bakal menikmati tawaran tambahan lebih dari RM80 iaitu sebagai sebahagian pakej ‘early bird’,” sambung Aminar lagi.

Maklumat lanjut mengenai UFirst boleh didapati di laman web rasmi www.perodua.com.my, FB myperodua dan Twitter rasmi Perodua.

MY10PRDUA00003 UFirst Launch Campaign Flyer A5 FA

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *