UMW Toyota sumbang Hilux untuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah

By  |  0 Comments

from left-Mr Akio Takeyama, Deputy Chairman of UMWT, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah and Datuk Ismet Suki, President of UMWT

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah menyumbangkan Toyota Hilux kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAASH), Alor Setar, Kedah.

Toyota Hilux tersebut akan digunakan oleh yayasan berkenaan untuk aktiviti kebajikan dan komuniti bagi membantu anak-anak yatim di Kedah.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama telah menyampaikan replika kunci kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, yang juga merupakan penaung bagi YAASH dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di premis tersebut di Alor Setar. Turut hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pleasure to test drive a four wheel drive Toyota Hilux

YAASH ditubuhkan pada tahun 2011 bagi membantu menjaga kebajikan anak-anak yatim atau dari golongan orang susah. Segala keperluan terutamannya bagi akademi anak-anak berkenaan diuruskan oleh yayasan berkenaan.

“Adalah penting bagi kanak-kanak ini diberi bimbingan yang betul terutamanya pendidikan untuk kebaikan mereka pada masa hadapan,” ujar Datuk Ismet.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *