Toyota Avanza Veloz baharu telah didedahkan – Bakal dilancarkan di Indonesia

By  |  0 Comments

new-avanza-veloz-01

Toyota Avanza Veloz baharu merupakan varian sporty dan ini merupakan model facelift bagi Avanza yang bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi. Walau bagaimana pun, Toyota telah pun memperkenalkan dua varian standard dengan penampilan yang sedikit berbeza.

Bagi varian standard “Grand New Avanza”, imej hadapannya umpama gaya HR-V, dengan palang krom yang nipis disambungkan pada lampu utama dan gril trapezoid.

Manakala varian Veloz pula mirip dengan imej Vios, ia ditampilkan dengan gril yang lebih slim dan sedikit rendah yang disambungkan pada lampu kabus. Dengan paten ‘sarang lebah’, rupa hadapan Veloz ini sedikit agresif.

new-avanza-teaser

Sumber yang diperoleh dari Paultan.org ini mengesahkan Veloz baharu ini turut ditawarkan dengan enjin 1NR-FE 1.3 liter Dual VVT-i yang mampu memberikan kuasa sehingga 97 hp dan tork 120 Nm. Berbanding model sebelum ini, ia hanya digandingkan dengan enjin 1.5 liter sahaja.

Malah Toyota turut mengesahkan varian baharu ini memiliki 15% prestasi dan penjimatan bahan api yang lebih berbanding model sebelum ini serta 19% lebih senyap.

Veloz baharu bagi varian standard ini juga dilengkapi dengan indikator pemanduan ECO, unit kepala 2DIN (berserta USB, AUX dan Bluetooth), tiga-poin tali pinggang keledar bagi tempat duduk belakang.

Selain itu, Veloz ini juga ditampilkan dengan varian enjin baharu 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i bagi menggantikan enjin 3SZ-VE. Ia mampu memberikan kuasa sehingga 104 hp dan tork 139 Nm.

Ia juga dilengkapi dengan unit kepala 2DIN skrin sesentuh bersama pemain DVD dan Bluetooth, rim berlainan rekaan berbanding varian standard, aerokit dan lampu utama projektor. Dan bagi menyerlahkan imej sporty, Veloz baharu ini memilih warna hitam untuk melatari bahagian kabinnya.

Harga jangkaan bagi model terhangat di pasaran Indonesia ini ialah 215 juta rupiah (RM60,910) iaitu bagi Veloz 1.3.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *