Ferrari 488 Spider bakal muncul di Frankfurt Motor Show Sept ini

By  |  0 Comments

Ferrari_488_Spider2

Dalam diam-diam Ferrari ‘melahirkan’ model 488 Spider, yang dijadualkan bakal melakukan penampilan sulung di peringkat global semasa berlangsungnya Frankfurt Motor Show pada September ini. Ia juga dijangka mula dipasarkan sebelum tahun 2015 berakhir.

Jenama terkemuka Itali ini berkata, 488 Spider merupakan jentera Ferrari dengan enjin V8 yang paling berkuasa dan digambarkan sebagai “model Ferrari Spider yang paling effisien aerodinamik yang pernah diproduksi”.

Jentera ini turut didatangkan dengan blown spoiler dan bahagian bawah kerangka aerodinamik yang disambung dengan penjana vortex. Ia juga ditampilakn dengan cermin elektrik penahan angin di bahagian belakang yang boleh dilaraskan pada tiga posisi.

488 Spider ini turut ditampilkan dengan mod casis spaceframe yang diperbuat daripada 11 kepingan berbeza aloi aluminium dengan logam lain termasuk magnesium. Ia bagi memberikan ketegaran kilasan dan kekukuhan rasuk seperti mana 488 GTB dengan menambah baik prestasi casis sebanyak 25%.

Bumbung yang boleh dibuka juga memberikan daya tarikan pada model ini dan ia hanya mengambil masa selama 14 saat untuk ditutup atau dibuka sepenuhnya.

488 Spider dijanakan oleh enjin 3.9 liter V8 turbo-berkembar iaitu sama seperti 488 GTB. Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 670 PS pada 8,000 rpm dan tork puncak 760 Nm pada 3,000 rpm. Enjin yang penuh berkuasa ini mampu memacu 488 Spider dari 0-100km/j dengan hanya tiga saat, sebelum mencapai kelajuan sehingga 200 km/j dalam 8.7 saat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *