Toyota Innova jadi pilihan untuk TEKS1M

By  |  0 Comments

004_TEKS1M Delivery

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan penggunaan Toyota Innova TEKS1M sebagai model tambahan bagi Teksi 1 Malaysia. Sekali gus akan menambahkan jumlah TEKS1M yang sudah mula beroperasi di Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri wakil-wakil gabungan dan persatuan-persatuan teksi.

Bagi meningkatkan martabat industri teksi negara, SPAD sedang menjalankan program latihan pemandu TEKS1M secara berperingkat. Program ini melibatkan pemandu individu, dan juga pemandu yang telah bermigrasi kepada TEKS1M. Tujuan SPAD mengadakan program Peningkatan Profesionalisme Pemandu adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan undang-undang dan etika pemandu.

001_TEKS1M Delivery

Pada Oktober 2014 yang lalu, semua kenderaan yang telah mencapai had usia di dalam kelas lesen teksi telah diwajibkan untuk beralih ke TEKS1M. Ini merupakan sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi di dalam menaiktaraf perkhidmatan sedia ada. Sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang di dalam proses melesenkan kenderaan.

“Apabila taraf perkhidmatan teksi bertambah baik, bilangan pengguna teksi juga akan meningkat dan secara langsung pendapatan pemandu teksi akan bertambah. Oleh itu, di dalam sebarang perancangan penambahbaikkan oleh SPAD, kita mengambil kira semua golongan, sama ada untuk pemandu teksi dan juga pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi,” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

Sehingga kini SPAD telah melatih 1,021 pengendali individu dan pemandu TEKS1M.

Menurut presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, mereka berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam inisiatif TEKS1M.

“Toyota Innova telah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPAD terutamanya daripada segi keluasan ruang dan menjadi pilihan tambahan kepada para pemilik teksi dibawah inisiatif TEKS1M,” kata Datuk Ismet Suki.

Menurut beliau UMW Toyota Motor telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M daripada syarikat-syarikat pengendali dan pemilik individu. Sebanyak 700 unit juga telah disasarkan bagi jualan sehingga akhir 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *