Lebuhraya DASH dikeluarkan dari Rancangan Tempatan PJ 2

By  |  0 Comments

DASH-01

Perancangan untuk membina Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) telah pun ditunda buat sementara, ekoran menunggu cadangan penyusunan semula oleh syarikat konsesi Prolintas akibat bantahan daripada penduduk setempat di Mutiara Damansara dan Damansara Perdana. Keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Ia telah pun dikeluarkan dari Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2).

Sebelum ini, sekumpulan penduduk dua kawasan berkenaan telah membuat bantahan secara aman ‘Say No To Dash’ dan berkata bahawa penilaian sepatutnya dilakukan oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan tidak bertauliah dan dibayar oleh syarikat konsesi, Prolintas.

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan, Michelle Wong, “Kini kami sudah pun mempunyai jalan baharu, rumah baharu dan MRT bakal beroperasi tidak lama lagi. Jadi, pembinaan lebuhraya ini dilihat tidak mendatangkan faedah langsung. Untuk apa memiliki lebih banyak lebuhraya sedangkan pengangkutan awam sudah dipertingkatkan.” Kumpulan itu merujuk pada pembinaan MRT di kawasan berhampiran iaitu Kota Damansara dan Sungai Buloh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *