Mitsubishi tutup kilang di US & tumpukan di ASEAN sahaja

By  |  2 Comments
Tan Chong Motors Assemblies Sdn Bhd (TCMA), kilang pemasangan Mitsubishi di Malaysia

Tan Chong Motors Assemblies Sdn Bhd (TCMA), kilang pemasangan Mitsubishi di Malaysia

Mitsubishi telah mengesahkan bakal menghentikan operasi kilang produksi mereka di Amerika Syarikat (US) tidak lama lagi.

Menurut Presiden Mitsubishi, Tetsuro Aikawa, syarikatnya kini menumpukan kilang produksi terpenting mereka iaitu di Jepun, Rusia dan beberapa buah negara ASEAN termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Bagi pemerhati industri automotif global, ini bukanlah suatu perkara yang memeranjatkan kerana umum mengetahui Mitsubishi memang lebih menumpukan pasaran di rantau Asia memandangkan jualan bagi kenderaan SUV dan pikap sememangnya tinggi di negara berkenaan.

Berhubung dengan penutupan kilan di US, Mitsubishi sedang berusaha mencari pembeli yang boleh meneruskan pekerjaan bagi pekerja sedia ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *