Toyota Camry bakal mendapat enjin turbo tahun hadapan

By  |  0 Comments
Toyota Camry 2015

Toyota Camry 2015

Toyota Camry bakal mempunyai satu lagi pilihan enjin iaitu 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder seawal-awalnya tahun hadapan.

Perkara ini telah dilaporkan oleh Automotive News yang berkata, ia bagi menggantikan enjin V6 yang digunakan oleh beberapa model Toyota dan Lexus sebelum ini.

Baru-baru ini, Toyota telah mengumumkan model Lexus IS 2016 bakal menampilkan enjin baharu iaitu 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 245 hp dan tork puncak 350 Nm.

Walau bagaimana pun, Toyota masih berkata enjin empat-silinder yang biasa digunakan itu akan diteruskan namun bakal menggunakan proses pembakaran yang lebih efisien iaitu Atkinson-cycle berbanding aspirasi-natural dan dipadankan dengan transmisi pembolehubah berterusan (CVT).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *