Video Toyota Avanza generasi baharu didedahkan di Youtube

By  |  0 Comments

Walau pun masih berteka-teki tentang kelahirannya yang bakal menarik perhatian industri automotif Asia, baru-baru ini seorang pengguna Youtube, Febri Ardani, telah pun memuat naik video Toyota Avanza generasi akan datang.

Menerusi video tersebut, kelihatan perubahan yang sedikit ketara merajai pelbagai sudut luaran Avanza terutamanya pada bahagian hadapannya yang lebih sofistikated. Lampu utamanya telah direkabentuk semula dengan imej yang lebih ringkas tetapi masih menarik. Malah grilnya juga telah diperkemaskinikan dan sepadan dengan kekemasan pada bahagian palangnya.

Begitu juga dengan bahagian belakangnya juga telah diperkemaskinikan. Lampu belakang kluster ditampilkan dan dipadankan dengan kekemasan lampu berhenti dan juga hiasan krom.

Kelihatan juga beberapa elemen baharu yang ditampilkan termasuklah bahagian hud, dapra hadapan dan bampar hadapan.

Pada bahagian kabinnya, dipercayai ia turut menampilkan sistem hiburan berinspirasikan tablet dan ia mampu menyokong penggunaan Bluetooth. Malah tempat duduk balutan fabrik berwarna coklat juga turut digandingkan.

Walau bagaimanapun, sudut mekanikalnya masih menjadi tanda tanya, namun ada kemungkinan besar ia masih menggunakan penjana kuasa yang sama dengan generasi Avanza sedia ada iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter VVT-i.

Buat masa ini, Toyota juga belum memberikan kesahihan bilakan Avanza generasi baharu ini bakal dilancarkan.

Ada juga yang mengatakan, kemungkinan bahawa Avanza generasi baharu ini berkongsi platform dengan Daihatsu Xenia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *