Kadar bayaran lesen memandu akan diturunkan sebelum hujung tahun ini – JPJ

By  |  0 Comments

Pada Julai 2014 lalu, kecoh di beberapa blog tempatan yang mendakwa kebanyakan sekolah memandu telah mendapat surat perkeliling dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung dengan kenaikan harga bagi pengambilan lesen kereta (Kelas D) dan motor (Kelas B2). Namun perkara ini disangkal oleh pihak JPJ sendiri.

Kemudian, pada Januari 2015 pula, JPJ menjangkakan kadar harga ini akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Dan April lalu, sekali lagi pihak JPJ membuat kenyataan berhubung perkara yang sama dan mengatakan kadar harga tersebut adalah kekal seperti sedia kala.

Namun, baru-baru ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Dr. Ismail Bakar berkata kadar bayaran lesen memandu bagi semua kelas kenderaan akan diturunkan selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini selepas kajian semula terhadap kadar semasa di­selesaikan, laporan Utusan Malaysia.

Menurut Ismail, kajian terhadap kadar baharu itu akan mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana pelbagai aspek perlu diteliti terutama dari sudut bebanan kos bayaran kepada pengguna.

Di mana pengurangan kadar itu dapat mengurangkan beban pengguna terutama golongan remaja kerana kos semasa bagi mengambil lesen motosikal dan kereta kini mencecah RM2,000.

Katanya, “Pelaksanaan kadar baharu ini diharap dapat mengurangkan jumlah notis yang dikeluarkan atas kesalahan ketiadaan dokumen memandu yang sah sekali gus menjimatkan pelbagai kos lain seperti kos pendakwaan.”

Melalui Op Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan oleh JPJ, mendapati kebanyakan remaja yang ditahan tanpa dokumen memandu yang sah mendakwa kadar bayaran untuk memperoleh lesen memandu adalah tinggi serta membebankan.

Faktor gaji kecil terutamanya bagi golongan muda yang baru bekerja menjadi alasan mengapa mereka sanggup menanggung risiko memandu kenderaan atau menunggang motosikal tanpa lesen.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *