Keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60% dengan pemakaian tali pinggang keledar-MIROS

By  |  0 Comments

Crash-accident-collision

Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah mengeluarkan kajian mengenai keselamatan nyawa penggguna jalan raya yang dikatakan lebih terjamin 60 peratus apabila mereka memakai tali pinggang keledar, menurut laporan Bernama.

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, penggunaan alat keselamatan itu berkesan mengurangkan risiko kematian dan berfungsi menahan penumpang agar tidak tercampak keluar dari kenderaan mereka apabila terdapat momentum yang menghentak kuat semasa kemalangan.

“Kecederaan parah sehingga mengakibatkan kematian biasanya berlaku disebabkan penumpang mengalami hentakan kuat dan tercampak dari posisi asal mereka. Konsep penggunaan tali pinggang keledar sama juga dengan pemakaian topi keledar bagi pengguna motosikal,” katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh tujuh hari pertama ‘Ops Selamat 7’ yang dilancarkan pada 10 Julai lalu, sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dan mencatat purata jumlah kematian lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, dilaporkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes.

Rear_Seat_belt-003-850x566

Menurut kajian Miros, sikap orang ramai yang menganggap pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang remeh adalah penyumbang utama kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan.

“Paling mengecewakan apabila pelbagai alasan diberikan termasuk merasa rimas atau perjalanan hanya dekat sahaja, sedangkan untuk memakai tali pinggang keledar atau topi keledar hanya mengambil masa beberapa saat sahaja,” ujar Wong.

Beliau berkata ada juga pengguna menganggap beg udara di dalam kereta sudah memadai untuk mengurangkan impak ketika kemalangan, sedangkan peralatan itu juga perlu digunakan bersama alat keselamatan utama iaitu tali pinggang keledar.

Sambungnya lagi, “Hentakan kuat mengakibatkan beg udara mudah pecah sebab itulah pemandu dan penumpang hadapan perlu memakai tali pinggang keledar kerana ia mampu menghalang hentaman kuat kepada beg udara tersebut”.

Menyedari kepentingan dan keberkesanan pemakaian tali pinggang keledar dalam mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan, peraturan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang turut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2009 melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wong berkata pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang di bahagian belakang dapat mengurangkan risiko bagi pemandu dan penumpang hadapan daripada tercampak keluar.

“Impak hentakan penumpang belakang adalah besar ketika kemalangan kerana berat badan penumpang belakang bertambah 30 hingga 60 kali ganda daripada berat asal semasa kemalangan pada kelajuan 50 kilometer sejam, dan keadaan itu boleh mendatangkan kecederaan serius kepada penumpang hadapan,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *