SMART bakal implementasi sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya Sept ini

By  |  0 Comments

SMART_TUNNEL_IK

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) yang mengendalikan Terowong SMART telah membuat pengumuman menerusi Twitter @smarttunnel semalam bahawa pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya di laluan berkenaan akan diimplementasikan mulai 9 September 2015.

Di mana hanya bayaran menerusi Touch ‘n Go dan SmartTAG sahaja akan diterima.

Pada pertengahan Jun yang lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut mengumumkan 12 plaza tol bakal mengimplementasikan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai September ini. Ini termasuklah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *