Honda Accord 2016 diperkenalkan di mata dunia

By  |  0 Comments

2016-Honda-Accord-1-e1437692908616

Honda telah memilih fasiliti mereka Silicon Valley sebagai lokasi untuk memperkenalkan model terbaharu Honda Accord.

Digambarkan sebagai model Accord yang paling tinggi teknologinya buat masa ini, ia ditawarkan dengan dua varian kerangka iaitu sedan dan coupe. Walau bagaimana pun, buat masa ini, Honda cuma menyebarkan foto model sedan sahaja. Malah Honda juga belum bersedia mendedahkan mengenai spesifikasinya.

Mengenai imej luaran yang diperagakan, ternyata Accord 2016 baharu ini tampil dengan bampar hadapan yang lebih tajam dengan lampu kabus LED baharu. Malah lampu utamanya juga tampak lebih menarik.

Accord 2016 ini juga diketengahkan dengan garisan yang lebih berkarakter pada penampilan hud aluminium baharu. Pada bahagian belakangnya pula, lampu LED yang telah diperkemaskinikan dengan bampar rekaan semula yang lebih agresif menonjolkan lagi profil Accord 2016 ini.

2016-Honda-Accord-2-e1437692943248

Mengenak aspek keselamatan yang ditampilkan, kini Accord 2016 turut mengimplementasi Honda Sensing termasuklah Collision Mitigation Braking System dengan Forward Collision Warning, Lane Keeping Assist, Road Departure Mitigation bersama Lane Departure Warning dan Adaptive Cruise Control.

Honda Sensing ini adalah pilihan untuk semua varian kecuali Touring yang didatangkan secara standard. Lain-lain elemen keselamatan yang ditampilkan termasuklah Camera Pandang Belakang Pelbagai-sudut dan lampu utama auto-tinggi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *