BMW Motorrad lancar BMW S 1000 XR & BMW R 1200 RS baharu – Harga RM102k-RM113k

By  |  0 Comments

BMWBikes_01

BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS baharu yang bakal menetapkan penanda aras baru untuk motosikal sports, touring dan adventure di negara ini.

Sebagai model keempat dalam rangkaian motosikal berprestatasi tinggi BMW Motorrad yang dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris, BMW S 1000 XR dibina di atas gabungan unik teknologi inovatif, prestasi dan keselamatan yang diwarisi daripada model-model terdahulu.

Ia membawa aspek tersebut ke tahap seterusnya apabila menawarkan karakteristik-karakteristik utama berkenaan ke dalam satu segmen baharu yang dikenali sebagai “Adventure Sport”. Motosikal “Adventure Sport” dikatakan memiliki kualiti jentera touring yang dinamik, prestasi sporty, tahap keselesaan yang tinggi dan sesuai untuk kegunaan pada setiap hari.

BMW_S100XR_22

“Tampil tersendiri sebagai sebuah jentera crossover, BMW S 1000 XR baharu menggabungkan keupayaan touring sebuah model GS dengan karakteristik supersport RR yang sudah menjadi signatur BMW Motorrad. Kami yakin bahawa BMW S 1000 XR baharu mampu memenuhi keperluan ramai peminat tegar motosikal di sini yang mahukan gabungan prestasi dinamik sebuah jentera sports, versatiliti motosikal enduro dan keselesaan model touring,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.

BMW_R1200RS_23

Sementara itu, BMW R 1200 RS pula membawa jentera sports touring ke satu tahap baru dan benar-benar mengujakan. Dikuasakan oleh enjin boxer berkembar (flat-twin) yang telah berjaya menyerlahkan kualiti serba boleh model konsep asal BMW RS sejak 40 tahun hingga ke zaman moden ini, BMW R 1200 RS ialah sebuah motosikal yang sesuai untuk perjalanan jauh dan tunggangan sporty.

“BMW R 1200 RS baharu menambah keupayaan baru kepada tradisi hebat motosikal sports tourer daripada BMW Motorrad. Ketika ia menjadi wakil klasik untuk segmen sports tourer, RS baharu juga menawarkan gabungan kelincahan dan dinamik sebuah mesin sports boxer BMW. Ia merupakan satu pilihan terbaik untuk pengalaman tunggangan yang dinamik dan selesa. Daripada perjalanan jauh di atas lebuh raya sehinggalah tungangan sporty di laluan yang bengkang-bengkok,” tambah Harris.

Harga runcit di atas jalan termasuk GST dan tanpa insurans untuk BMW S 1000 XR adalah RM 112,900, manakala bagi BMW R 1200 RS ialah RM 101,900.

BMW S 1000 XR

BMW R 1200 RS

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *