Pusat 3S Toyota Rawang dilancarkan

By  |  0 Comments

Building

UMW Toyota Motor mengembangkan lagi rangkaiannya dengan membuka Pusat 3S Toyota di Rawang baru-baru ini.

Pusat 3S Toyota Rawang ini bersedia memberikan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti dan juga hab mengecat dan memperbaiki kerangka model Toyota di bawah satu bumbung. Ini merupakan pusat 3S kedua selepas di Shah Alam.

Memilih Jalan Batu Arang sebagai lokasi, pusat 3S ini bersedia berkhidmat untuk pelanggan Toyota yang menerap di utara Selangor, khususnya Rawang. Ia dioperasikan oleh UMW Toyotsu Motors dengan kos pelaburan sebanyak RM34 juta dan terletak di kawasan seluas 70,622 kaki persegi.

Pusat servis ini mampu menyelenggara sehingga 72 unit kenderaan sehari. Ia turut menyediakan ruang menunggu bagi pelanggan dengan dilengkapi kemudahan WiFi secara percuma.

Setakat ini UMW Toyota Motor telah pun memiliki sebanyak 99 rangkaian pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *