JPJ kesan 170 kesalahan pada hari pertama Ops Raya

By  |  0 Comments

JPJ_Roadblock1

Mulai semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun memulakan Ops Hari Raya Aidilfitri 2015 yang dijangka berlangsung sehingga 25 Julai depan.

Untuk hari pertama operasi sahaja, JPJ telah mengesan sebanyak 170 pelbagai kesalahan selepas melakukan pemeriksaan terhadap 1,030 kenderaan dan motosikal, menurut Bernama.

Menurut Ketua pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, antara kesalahan yang dilakukan ialah cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi dan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.

“Operasi ini turut melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Dalam ops lebih dua jam itu, tujuh pemandu menjalani pemeriksaan air kencing selepas disyaki terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah oleh AADK, 54 saman dikeluarkan PDRM dan dua saman oleh SPAD.

Di mana ops berkenaan berjalan serentak di seluruh negara membabitkan semua JPJ negeri dengan kekuatan 1,800 anggota.

Beliau berkata, JPJ juga mengunakan kaedah penyamaran bergambar bagi merekod kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh semua kenderaan.

“Sebanyak 28 pasukan akan memantau semua kenderaan di jalan raya bagi merekod pelbagai kesalahan utama jalan raya seperti tidak memakai topi keledar, tali pinggang keledar, melanggar lampu isyarat dan lain-lain,” katanya.

Sumber foto : Facebook JPJ

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *