Proton tawar 30 mata percuma pemeriksaan keselamatan untuk kereta nasional

By  |  0 Comments

unnamed-3

Selain rebat sebanyak RM3,000 untuk semua model Proton, ganjaran RM100 bagi pemilik Proton sedia ada yang menukar kenderaan mereka dengan mana-mana model baharu Proton dan harga Saga SV 1.3 MT dijual pada harga RM30,000, sempena ulang tahun ke-30, Proton turut menawarkan 30 mata percuma pemeriksaan keselamatan untuk kereta nasional di semua pusat servis bertauliah mulai semalam sehingga 31 Okt 2015.

Dalam kenyataannya, Proton berkata pemeriksaan keselamatan percuma itu meliputi tahap cecair, bateri, bilah pengilap, radiator, kendalian pedal, sistem suspensi, stereng, sistem sambungan bebola, sistem penyejukan, bahan api dan brek.

Selain pemeriksaan keselamatan, pelanggan juga akan diberikan taklimat mengenai enjin dan penyelenggaraan kereta, serta bagaimana untuk membezakan alat ganti yang tulen daripada tiruan.

Malah sebahagian daripada promosi ini, Proton juga menawarkan diskaun ke atas alat ganti yang terpilih seperti penyerap hentak, brek, klac dan tali sawat pemasaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *