Proton sambut ulang tahun ke-30 dengan tawaran istimewa

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_1.6_Premium_ 001

Proton sudah pun mencapai usia 30 tahun dan sempena dengan ulang tahun penuh bersejarah ini, pengeluar kereta nasional ini ‘menghadiahkan’ tawaran istimewa dan rebat bagi pemilik kenderaan Proton.

Mulai sekarang sehingga 30 September ini, mana-mana pelanggan yang menyambut ulang tahun ke-30 (lahir pada tahun 1985) layak menerima rebat sebanyak RM3,000 untuk semua model Proton.

Manakala bagi pemilik Proton sedia ada yang ingin menukar kenderaan mereka pada model Proton yang baharu, akan menerima menerima RM100 bagi setiap tahun usia kenderaan Proton mereka, iaitu di bawah Program Kesetiaan Pelanggan.

Sebagai tambahan, model spesifikasi paling rendah bagi Proton Saga, termasuk Saga SV 1.3 M/T, akan dijual pada harga atas jalan RM30,000 termasuk insurans, iaitu kurang RM3,242 berbanding harga runcit yang ditawarkan.

Proton_Saga_SV_00211

“Dengan semua promosi ini, kami juga akan menubuhkan satu tabung khas, di mana RM30 dari setiap model Proton yang dijual, akan dikumpulkan dan diserahkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Kami akan memilih tiga badan kebajikan yang akan menjadi penerima dana itu menjelang akhir tahun ini,” ujar CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah.

Katanya lagi, Proton akan terus menghasilkan model-model yang lebih diyakini termasuk menampilkan teknologi terkini dan aspek keselamatan yang terpenting.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *