Ford tawar rebat tunai sempena Aidilfitri

By  |  0 Comments

EcosportCover

Tidak terlambat rasanya untuk bergaya dengan kereta baharu pada musim perayaan Aidilfitri ini. Ford dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) tidak ketinggalan dalam menawarkan rebat tunai menarik sehingga RM12,000 ke atas beberapa model terpilih di seluruh negara sehingga 31 Julai.

Pelanggan boleh memilih di antara rebat tunai sehingga RM12,000 jika membeli sebuah Fiesta, RM10,000 bagi pembelian Focus dan RM8,000 untuk EcoSport atau kadar faedah sifar peratus sehingga lima tahun. Bagi yang mengesahkan tempahan sehingga 31 Julai akan menerima barangan eksklusif Ford (selagi stok masih ada).

Selain itu, Ford juga menawarkan pemeriksaan 27 poin kenderaan secara percuma kepada semua pelanggan. Pemeriksaan itu dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford demi perjalanan yang lebih selamat di musim perayaan ini.

FiestaST_Ext_03

Beberapa model terpilih Ford juga layak menerima diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat ganti, kos buruh dan pakej tali sawat pemasaan. Mereka yang memilih pakej ‘The Works Fuel Saver’ pula boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus ke atas minyak enjin Motorcraft dan Castrol serta potongan 10 peratus untuk kos buruh.

“Pada musim perayaan ini, semua rakyat Malaysia akan balik ke kampung halaman untuk menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan, kami berbesar hati untuk menawarkan rebat tunai, promosi dan diskaun servis,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Untuk menikmati tawaran-tawaran ini, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kupon emel di www.fordconsumer.com dan serahkannya di mana-mana pusat servis Ford yang sah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *