Rolls-Royce raikan perhimpunan Rolls-Royce Enthusiasts’ Club Concours and Rally kali ke-56

By  |  0 Comments

Photo 2

Baru-baru ini, Rolls-Royce Motor Cars telah meraikan perhimpunan Rolls-Royce terbesar di dunia pada acara tahunan Rolls-Royce Enthusiasts’ Club Concours and Rally kali ke-56. Bertempat di Burghley House, Stamford, Lincolnshire, memberikan latar belakang hebat bagi rekod perhimpunan lebih 1,000 unit model Rolls-Royce lama dan baharu, pertama kali dalam sejarah kelab tersebut.

Acara ini turu dimeriahkan dengan pameran tujuh model yang dibina khas oleh Goodwood termasuklah Phantom, Ghost, Wraith dan beberapa model yang menerima pengubahsuaian Bespoke secara ekstensif. Kenderaan-kenderaan yang diselia oleh sepasukan pakar dari Home of Rolls-Royce di Goodwood berjaya menarik minat ramai pengunjung sepanjang tiga hari acara itu berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Mueller-Oetvoes berkata, “Kelab Peminat Rolls‑Royce merupakan penjaga penting sejarah jenama kami yang luar biasa. Ia turut memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat kereta-kereta yang paling penting dan sukar ditemui dalam sejarah automotif. Maklum balas yang memberangsangkan ini menjadi bukti ke atas kejayaan kami menjaga jenama Rolls-Royce.”

Photo 3

Kelab Peminat Rolls-Royce memberi khidmat kepada sesiapa sahaja yang berminat terhadap produk Rolls-Royce. Bermula dengan hanya 11 orang dalam mesyuarat pertama pada tahun 1957, keahliannya kini hampir mencecah 10,000 sekali gus menjadi kelab terbesar seumpamanya di dunia. Keahlian terbuka kepada pemilik dan bukan pemilik kenderaan Rolls-Royce. Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan negara di dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *