Peugeot Protect – Jaminan pelindungan untuk kenderaan Peugeot

By  |  0 Comments

protect_faol

Nasim Sdn Bhd telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk para pemilik kenderaan Peugeot baharu iaitu Peugeot Protect. Ia adalah program lima tahun pelindungan untuk semua kenderaan Peugeot iaitu memberikan pelindungan bagi kenderaan yang dicuri, terlibat dengan kemalangan, kebakaran, banjir mahu pun bencana alam yang lain. Jika polisi insurans kenderana tidak memberikan pelindungan yang sewajarnya, Peugeot Protect sedia membantu.

Di mana para pelanggan tidak perlu dibebani kos yang tinggi untuk melindungi kenderaan mereka, inilah yang ditawarkan menerusi Peugeot Protect.

Peugeot_508_facelift_Malaysia_ 007

“Sebagai pengedar automotif pertama di Malaysia yang menawarkan pelindungan sebegini, kami mahu memberikan ketenangan kepada para pelanggan kami. Peugeot Protect boleh digunakan pada bila-bila masa dalam jangkamasa lima tahun. Ia memberikan pelindungan yang berbeza dengan insurans lain,” ujar Dato’ Samson Anand George selaku COO Nasim Sdn Bhd.

Sebagai fasa pengenalan, mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2015, pelanggan yang membeli mana-mana model termasuk 3008 SUV, 5008 MPV and 508 baharu akan layak menerima pelan Peugeot Protect ini secara percuma. Nasim akan meindungi kos premium sepanjang promosi satu bulan ini. Peugeot Protect disokong oleh Axa dan Affin Bank.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *