Volvo memperkenalkan konsep tempat duduk khas kanak-kanak baharu

By  |  0 Comments

Volvo telah memperkenalkan konsep tempat duduk khas kanak-kanak yang boleh dipusingkan.

Ia direka bagi ibubapa yang mahu berjalan jauh tetapi tetap mengutamakan keselamatan anak mereka, tempat duduk khas ini boleh dipusingkan mengikut arah jam dan boleh dikunci jika ia berada di posisi menghadap belakang. Ia juga memiliki storan tambahan termasuk kargo yang lebih besar untuk menyimpan lampin, selimut dan pelbagai lagi barangan keperluan si kecil.

Volvo_Childseat_2

Volvo turut menyarankan kanak-kanak yang berusia bawah 3 atau 4 tahun untuk diposisikan menghadap belakang kerana si kecil ini masih belum mempunyai kekuatan pada bahagian leher.

Menurut Tisha Johnson, Ketua Reka Bentuk Dalaman, Volvo Cars Concept & Monitoring Centre, bentangan tempat duduk ini adalah alternatif dan ia sangat penting bagi industri automotif akan datang.

Untuk pengetahuan, Volvo merupakan pengeluar pertama di dunia yang memperkenalkan prototaip tempat duduk khas kanak-kanak yang menghadap belakang ketika tahun 1964 pada model PV544.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *