Tun Mahathir sindir pendirian MAI mengenai liberalisasi

By  |  0 Comments

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_020

Dalam blog Tun Mahathir Mohamad (Tun M), bekas Perdana Malaysia ini telah menyindir pendirian Institut Automotif Malaysia (MAI) bahawa persaingan dalam pasaran kereta memberi manfaat kepada kepada pengguna.

Menurut Pengerusi Proton ini, beliau membayangkan persaingan sebebar berlaku secara tidak adil dan jika industri ini terpakasa gulung tikar, ia akan menyebabkan ratusan ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan dan turut menambag penderitaan keluarga mereka.

“Tetapi ini semua tidak mengapa kerana pengguna akan mendapat kereta yang lebih bagus dengan harga yang lebih murah daripada negara luar,” sindirnya.

Isnin lalu, pihak media melaporkan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Mohamad Madani Sahari, yang berkata melalui industri terbuka baik untuk pengguna selain membolehkan pemain industri lebih meneroka pasaran.

Proton_MoU_20

Namun perkara ini dibangkitkan oleh Tun M yang mengatakan bahawa negara-negara pengimport penting kereta sebenarnya mengenakan piawaian dan syarat yang menyekat kereta Malaysia daripada pasaran masing-masing.

“Jadi pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak boleh menikmati faedah seperti di Malaysia,” ujar Tun M menerusi tulisannya di blog peribadinya.

Beliau turut menegaskan bahawa kapasiti industri di Malaysia masih tidak sama tahap dengan negara pengimport besar lain. Katanya, industri automotif Malaysia masih belum mampu menyaingi negara-negara lain dalam industri ini.

“Segelintir rakyat Malaysia masih tidak menyedarinya iaitu kapasiti industri Malaysia tidak sama tahap dengan Jepun, Korea, China mahu pun Jerman. Kita mungkin boleh menang dalam Tilawah Al-Quran, namun bukan dalam industri automotif,” tegasnya.

Walau bagaimana pun, jika inilah keputusan pihak kerajaan untuk menyokong industri import, Tun M berkata, “Kita perlu menerimanya. Sudah terlalu banyak wang Malaysia mengalir keluar ke negara yang kaya dan pekerja mereka menerima gaji yang tinggi. Jadi marilah kita bersaing dan biarlah pengguna kita menerima faedah. Memang individu yang kehilangan pekerjaan tidak mampu memilikinya, namun inilah harga yang perlu dibayar.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *