Subaru BRZ & WRX STI Series.HyperBlue edisi istimewa untuk USA

By  |  0 Comments

Subaru_BRZ_ WRX_STI_Series.HyperBlue_1

Subaru USA telah memperkenalkan model baharu BRZ dan WRX STI Series.HyperBlue edisi istimewa untuk negara berkenaan.

Bakal mula dijual pada musim luruh ini, BRZ Series.HyperBlue memiliki luaran HyperBlue yang eksklusif dengan cermin hitam, logo hitam berkilat dan rim aloi bersaiz 17-inci dengan kekemasan hitam.

Gaya sporty turut menyerap bahagian kabin termasuklah pada tempat duduk kulit Alcantara dengan kekemasan HyperBlue dan jahitan kontra warna biru. Jentera ini juga dilengkapi dengan roda stereng balutan kulit, perehat kepala bersulaman dengan kekemasan berwarna biru. Selain itu, daya tarikan lain yang ada ialah karpet lantai istimewa dan sistem hiburan STARLINK bersaiz 6.2-inci.

Begitu juga dengan WRX STI Series.HyperBlue yang hadir bersama luaran HyperBlue serta cermin hitam dan rim aloi BBS bersaiz 18-inci. Jentera ini turut dilengkapi dengan tempat duduk kulit Alcantara dengan kekemasan HyperBlue dan jahitan kontra warna biru serta roda stereng balutan kulit. Eleman lain yang ditampilkan ialah sistem audio Harman/Kardon dan sistem hiburan STARLINK bersaiz 7-inci

Produksi hanya dihadkan dengan 500 unit sahaja bagi BRZ dan 700 unit untuk WRX STI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *