Honda HR-V sudah melepasi 18 ribu tempahan & 4-5 bulan jangka masa menunggu

By  |  0 Comments

Honda_HRV_IK 002

Kita sudah pun melepasi separuh daripada 2015 dan setakat ini masih tiada lagi kereta baharu yang mampu memberikan impak yangb cukup besar berbanding Honda HR-V/ Sejak ia dilancarkan pada Februari lalu, SUV kompak ini telah melepasi angka tempahan sebanyak 18,027 unit (sehingga 30 Jun).

Daripada jumlah lebih 18 ribu itu, 64% (11,481 unit) tempahan adalah dari varian spesifikasi tertinggi, Gred V yang berharga RM118,229, diikuti dengan 19% atau 3,449 unit bagi spesifikasi pertengahan Gred E dan hanya 17% atau 3,097 unit bagi Gred S.

Buat setakat ini, Honda Malaysia telah pun membuat penghantaran bagi 7,374 unit, dan jangkaan menunggu bagi baki selebihnya adalah dalam empat hingga lima bulan, bergantung pada varian dan warna. Sebelum ini, ia pernah mencecah enam bulan bagi tarikh menunggu. Dan kini Honda Malaysia mensasarkan maksimum satu hingga satu setengah bulan jangkaan menunggu menjelang akhir tahun ini.

Ketiga-tiga varian ini dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 142 PS pada 6,500 rpm dan tork setinggi 172 Nm pada 4,300 rpm. Ia juga bergabung tenaga dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi unggul ciptaan Honda, Earth Dreams.

Ikuti ulasan pandu uji Honda HR-V di SINI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *