Bas Selangorku mula beroperasi secara meluas di sekitar Bandaraya Shah Alam – Perkhidmatannya percuma!

By  |  0 Comments

Bas_Selangorku_3

Bagi mengurangkan beban rakyat terutamanya yang sedang berhadapan dengan kenaikan kos hidup termasuk harga bahan api, kerajaan Selangor telah melancarkan perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku, dengan perkhidmatan yang lebih meluas.

Pelancarannya telah disempurnakan pagi tadi di perkarangan Stesen Komuter Shah Alam dan dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, Yang DiPertua MPK, Datuk Mohammad Yacob dan Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Bas_Selangorku_8

Datuk Teng berkata, buat setakat ini, sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukan bagi perkhidmatan bas percuma ini jajahan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Perkhidmatan itu juga akan diperluas ke pihak berkuasa tempatan lain untuk mengurangkan tekanan kesesakan trafik terutama di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).Kita juga melihat keperluan untuk meluaskan perkhidmatan di kawasan luar bandar bergantung kepada permintaan,” katanya.

Bas_Selangorku_2

Bagi fasa pertama ini, Bas Selangorku disediakan di Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad secara percuma dengan jarak laluan 10.5 km.

Mampu memuatkan kapasiti sehingga 60 penumpang dalam satu masa, Bas Selangorku ini juga mesra OKU dan bebas halangan Malah ia turut menyediakan perkhidmatan Wifi serta mempunyai sistem maklumat penumpang.

Memiliki 22 perhentian, kekerapan bagi bas ini adalah setiap 15 minit dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam. Laluan utama bagi Bas Selangorku ini ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan hospital. Perkhidmatan ini tidak terhad kepada mana-mana golongan dan semua warga Shah Alam berhad menaikinya.

Sumber foto : Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *