Honda Malaysia tawar pakej cermin gelap khas untuk pelanggannya

By  |  0 Comments

Honda Civic-2

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan tawaran eksklusif untuk semua pelanggan Honda bagi pakej cermin gelap yang diiktiraf. Di mana bagi yang membeli model Honda yang terkini, boleh mendapatkan pakej ini dengan harga yang berpatutan.

Honda_tinted_2015

Pakej yang ditawarkan ini melibatkan dua jenama popular dan diyakini iaitu 3M dan Ecotint serta memenuhi keperluan kenderaan Honda. Diimport dari luar negara iaitu Jepun dan Korea bagi 3M serta Ecotint pula dihasilkan oleh Sumitomo Osaka Cement Co., Ltd., Jepun, Honda Malaysia yakin dengan tahap kualiti yang tinggi daripada kedua-duanya. Bukan itu sahaja, lapisan cermin gelap ini juga mampu meningkatkan tahap keselamatan pemandu dan penumpang termasuk mengurangkan risiko kecederaan jika cermin pecah.

Usah ragu dengan lapisan filem cermin gelap yang bakal digunakan ini kerana ia menepati standard piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

honda-malaysia-window-tint

Bukan itu sahaja, waranti selama lima tahun juga akan diberi bermula tarikh lapisan cermin gelap ini dipasang. Bagi pelanggan Honda Malaysia yang berminat dengan pakej yang ditawarkan ini, bolehlah berurusan dengan 82 pusat pengedar Honda yang diiktiraf di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *