‘PATRIOT 1′ set nombor plat yang paling mahal di Malaysia – Bida bermula RM1 juta

By  |  0 Comments

Patriot-No-Plate

Bagi anda yang berkemampuan, mungkin bolehlah membida set nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat khas baharu yang ditawarkan iaitu PATRIOT. Memetik laporan The Star, set nombor plat ini yang termahal di Malaysia buat setakat ini, berbanding yang pernah diperkenalkan sebelum ini termasuklah G1M (Gagasan 1Malaysia) dan 1M4U (1Malaysia For Youth).

PATRIOT ini akan dibida dengan harga bermula RM1 juta dan lima yang pertama perlu meletak deposit sebanyak 20%. Bidaan ini telah bermula 1 Jun lalu dan keputusannya hanya akan diketahui pada 30 Jun ini.

Patriot-VIP-No-Plates

Siri nombor plat khas ini ditawarkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian daripada usaha penjanaan dana untuk menggalakkan kesederhanaan. Perolehan daripada penjualan PATRIOT 1 hingga 9999 akan digunakan bagi membiayai program dan aktiviti membangkitkan semangat patriotisme dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, dakwa NGO terbabit di dalam laman web mereka. YPN ditubuhkan pada April 2013.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan kebenaran kepada NGO terbabit untuk menjalankan pembidaan nombor ini. Surat kebenaran akan dikeluarkan kepada pembeli plat PATRIOT dan mesti membawanya ke Ibu Pejabat JPJ di Wangsa Maju untuk pendaftaran. Bagi yang tidak berjaya membida, wang deposit akan dipulangkan.

Pengarah Projek Khas YPN, Mass Ayu Mass Akbar berkata, harga bidaan paling minimum untuk kategori perdana (PATRIOT 1 hingga 10) ditawarkan pada harga RM380,000 hingga RM1 juta. Setakat ini sambutan amat memberangsangkan dan beberapa individu terkemuka telah bersaing untuk plat satu digit itu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *