Renault Megane RS 265 Cup ‘mengaum’ di Malaysia – Harga RM235k

By  |  0 Comments

MeganeRS_FL_Ext_02

Bagi penggemar jentera hot-hatch sebegini, satu lagi pilihan menarik untuk dipertimbangkan iaitu Renault Megane RS 265 Cup yang kini telah pun berada di pasaran tempatan.

Dijual pada harga atas jalan RM234,888 termasuk insurans dan GST, TC Euro Cars Sdn Bhd turut menawarkan kepada pembeli pilihan warna Sirius Yellow dengan pertambahan kos berjumlah RM7,000 selain warna standard iaitu Oyster Grey dan Pearl White (kedua-duanya tiada pertambahan kos).

Renault Megane RS 265 Cup turut digandingkan dengan rim aloi “Tibor” bersaiz 18-inci bersama kekemasan matte black dan kaliper brek Brembo berwarna merah.

Pada bahagian kabinnya, terdapat sedikit perubahan termasuk penggunaan butang penghidup enjin dengan sistem kemasukan tanpa kunci serta tempat duduk ‘bucket’ Recaro dengan semi-kulit.

MeganeRS_FL_Int_17

Selain itu, ia turut menampilkan skrin sesentuh berwarna tujuh-inci yang mengawal sistem hiburan R-Link serta RS Monitor 2.0 dan kamera undur.

Turut berkongsi penjana kuasa yang sama dengan varian Sport iaitu 2.0 liter pengecas turbo yang mampu menghamburkan 265 hp pada 5,500 rpm dan tork 360 Nm pada 3,600 rpm yang disalurkan pada roda hadapan menerusi transmisi manual enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *