Galeri : Hyundai Elantra FL Edisi Terhad 2015

By  |  0 Comments

Hyundai-Elantra-FL-LE- 005

Mac lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model facelift bagi Elantra yang menampilkan 14 elemen yang telah ditambah baik dan dipertingkatkan, Elantra ini juga kelihatan lebih mantap berbanding model sebelumnya.

Baru-baru ini, kelibat Elantra versi edisi terhad pula kelihatan dipamerkan di bilik pameran Hyundai yang terletak di Glenmarie. Apakah yang cuba ditonjolkan oleh Elantra FL Edisi Terhad 2015 ini pula ya? Melihat secara lebih dekat, kelihatan ia menerima sedikit pertambahan pada bahagian luaran yang menonjolkan lagi gaya penampilannya.

Pada bahagian hadapan, bamparnya kelihatan lebih sporty dengan bar berwarna merah terang terletak di tengah-tengah, memberikan sudut penampilan yang tersendiri. Berdasarkan pada lampu utama reflektor dan lampu kabus, ternyata Elantra FL Edisi Terhad 2015 adalah berdasarkan varian Elantra 1.6 Elegance. Pada sisi profilnya pula, sedan ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16-inc dan juga pemegang pintu krom.

Namun, perbezaan yang paling ketara dapat dilihat menerusi grafik pada sisi badan dan skirt sisi yang lebih agresif secara tidak langsung membuatkan model ini lebih sporty. Pada bahagian belakang, bampar yang juga sporty ditampilkan bersama dengan peresap, corong ekzos krom dan kekemasan berwarna merah.

Hyundai-Elantra-FL-LE- 011

Menjengah bahagian kabinnya, perubahan yang dilakukan agak terhad. Cuma pertambahan unit kepala skrin sesentuh baharu bagi menggantikan radio standard yang ada seperti dalam model 1.6 Elegance. Unit ini turut berfungsi bersama sambungan USB dan Bluetooth serta kamera undur.

Selain itu, elemen lain masih kekal termasuklah tempat duduk balutan fabrik dengan dua tona, penghawa dingin manual, dua beg udara, dan beberapa ciri lain.

Hyundai-Elantra-FL-LE- 026

Elantra FL Edisi Terhad 2015 ini turut dijanakan oleh enjin 1.6 liter Gamma empat-silinder dengan kuasa sehingga 130 PS dan tork 157 Nm yang dipadankan bersama transmisi automatik enam-kelajuan.

Walau bagaimana pun, harganya masih belum didedahkan lagi. Kalau Elantra versi yang ada di pasaran, ia berharga RM86,328 bagi 1.6 Elegance, RM97,220 untuk 1.6 Executive dan 1.6 Premium pula ditawarkan pada RM101,954. Manakala varian 1.8 Premium berharga RM116,555. Semua harga atas jalan ini adalah termasuk GST dan insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *