Jaguar XJ 2016 tampil dengan versi mewah Autobiography

By  |  0 Comments

Jaguar_XJ_2016_13

Jaguar telah pun memperkenalkan model sedan XJ 2016 dengan beberapa elemen penambah baikan.

Digambarkan memiliki perbezaan yang lebih ketara, XJ 2016 ini lebih besar terutamanya pada bahagian gril hadapan serta corong udara yang dihiasi dengan bilah krom. Lampu utama LED sepenuhnya juga telah direka semula dengan lampu belakang LED J-signatur turut memberikan imej yang tersendiri bagi XJ 2016 ini.

Bukan itu sahaja, Jaguar turut menampilkan varian yang lebih mewah, Autobiography, yang lebih eksklusif termasuk menampilkan rim aloi “Maroa” bersaiz 20-inci. Ia juga memiliki corong udara krom pada bampar hadapan dan bahagian dalamannya pula dihiasi dengan tempat duduk balutan kulit perca semi-aniline dengan jahitan kontras.

Selain itu, ia turut dihiasi dengan kekemasan oak dan tempat duduk individu dengan fungsi urut serta sistem hiburan pada tempat duduk belakang dan paparan HD.

Jaguar turut memperluaskan rangkaian XJ dengan kehadiran model R-Sport yang lebih berketerampilan. Ia tampil dengan pemisah hadapan tiga-lapisan, side sills baharu, dan spoiler belakang. Malah aura sporty menampakkan cirinya termasuk pada padanan rim aloi dengan rekaan Mataivia bersaiz 20-inci.

Pada bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan tempat duduk sport, roda stereng R-Sport dan dua pilihan kekemasan sama ada gentian karbon atau hitam berkilat.

Jaguar_XJ_2016_20

Selain itu, model XJ 2016 ini juga ditampilkan dengan roda stereng berkuasa elektrik yang mampu memberikan respons yang lebih cemerlang, sistam bantuan dan keselamatan terkini, lampu nyalaan siang J-blade dan teknologi All-Surface Progress Control (ASPC).

Jaguar XJ 2016 ini bakal memasuki pasaran UK pada musim luruh ini pada harga £58,690 untuk varian XJ SWB 3.0D Luxury dan £100,000 bagi XJ LWB 5.0P S/C Autobiography.

Jaguar XJ Autobiography 2016

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *