Suzuki Swift baharu mula dibuka tempahan pra-jualan

By  |  0 Comments

Suzuki SWIFT GLX (front view)

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA), telah mengumumkan tempahan bagi pra-jualan Suzuki Swift baharu telah pun dibuka mulai 16 Jun 2015. Ia hadir dengan tiga varian iaitu GA, GL dan GLX.

Bagi Swift GA, ia tampil dengan bampar rekaan baharu, rim keluli bersaiz 15-inci dan hanya memiliki satu pilihan warna sahaja iaitu Bayside Blue.

Manakala Swift GL pula hadir dengan semua elemen yang pernah ditampilkan pada model GLX yang terdahulu tetapi bahagian bamparnya telah direka baharu dengan kekemasan perak, indikator pada sisi badan dan rim aloi bersaiz 16-inci. Ia juga menampilkan kawalan suhu manual dan audio sebagai standard.

GL boleh didapati pada pilihan warna Supreme Red, Olive Gray, Bayside Blue, Superior White dan warna eksklusif baharu, Lagoon Turquoise.

Dengan menampilkan bampar yang direka semula, lampu LED yang lebih bergaya berserta lampu kabus, rim aloi bersaiz 16-inci bersama rekaan yang lebih funky dan warna baharu yang diperkenalkan iaitu Lagoon Turquoise, Swift GLX pula ditawarkan pada pilihan warna Lagoon Turquoise, Supreme Red, Olive Gray, Bayside Blue dan Superior White.

Varian ini turut menampilkan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, sistem audio dengan skrin sesentuh baharu berserta navigasi, kawalan suhu automatik, roda stereng boleh laras dengan butang kawalan audio dan enam pembesar suara.

Swift baharu ini dijanakan oleh enjin 1.4 liter dengan kuasa maksimum 95PS pada 6,000 rpm dan memiliki jejari pusingan minimum 5.2m. Ia juga bakal dilengkapi dengan dua beg udara, Bantuan Brek, ABS dan EBD.

Harga atas jalan yang ditawarkan (termasuk GST dan tanpa insurans) bagi ketiga-tiga varian ini bermula RM59,000 bagi Swift GA, GL pula RM65,000 dan RM73,000 untuk GLX.

Pemilikan Swift baharu ini juga bakal didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Sempena dengan kehadiran Swift baharu ini, SMA juga bakal menganjurkan siri jelajah Suzuki FUN365 di Sunway Pyramid (25-28 Jun), Plaza Gurney Penang (2-5 Julai), City Square JB (24-26 Julai), Mydin Gong Badak Kuala Terengganu (30 Julai-1 Ogos), Plaza Low Yat KL (3-9 Ogos) dan Mid Valley Megamall (12-16 Ogos).



Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *