Honda lapor satu lagi kematian akibat letupan beg udara

By  |  0 Comments

Honda-airbag

Semalam, Honda telah mengesahkan, terdapat satu lagi kematian terbaru berkaitan letupan beg udara yang melibatkan seorang wanita di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) pada April lalu selepas pengepam (inflator) di dalam beg udara kereta Honda Civic keluaran 2005 miliknya pecah dan menghamburkan serpihan logam ke arah mangsa.

Pengesahan itu dibuat selepas anak syarikat Honda AS membuat laporan kematian wanita itu kepada Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Trafik Nasional pada Jumaat lepas.

Ini menjadikan angka kematian global akibat krisis berkenaan meningkat kepada tujuh orang, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera. Isu tersebut turut menyebabkan lima juta kenderaan dipanggil semula.

Ekoran banyak kejadian seumpama ini berlaku, bulan lalu, pengeluar beg udara terbabit, Takata, telah bersetuju untuk menarik balik dua kali ganda kenderaan di AS melibatkan hampir 34 juta kenderaan yang diproduksi oleh beberapa jenama terbesar di dunia.

Menurut sumber, buat masa ini Takata masih mencari punca letupan tersebut.

Bukan setakat Honda sahaja yang terlibat dalam krisis ini, malah banyak pengeluar kenderaan juga telah menarik semula model-model keluaran mereka di pasaran, ini temasuklah Toyota, Ford, Nissan dan BMW.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *