Ford Ranger Wildtrak baharu bakal takluki dunia

By  |  0 Comments

2015 Ford Ranger Wildtrak - River

Ford Ranger Wildtrak baharu yang merupakan varian terbaik dalam rangkaian model Ford Ranger telah melakukan debut di peringkat global semalam. Jentera itu dilihat sudah bersedia untuk menakluk dunia dengan palbagai teknologi pintar serta penampilan berani, seterusnya menjadi salah sebuah trak pikap paling lasak dan berkemampuan tinggi.

“Wildtrak baharu membawa Ford Ranger ke tahap lebih tinggi melalui rekaan luaran yang agresif, serta ruang dalaman premium dan sporty. Sementara keupayaan dan rangkaian teknologi Bantuan Pemandu yang ada padanya memastikan ia bersedia untuk apa jua cabaran,” kata Naib Presiden Pembanguan Produk Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington.

Menampilkan reka bentuk yang lebih tegap dan sofistikated, imej hadapannya pantas menarik perhatian. Diapit oleh lampu utama jenis projektor, gril berbentuk trapezoidal dan corong tampil dengan kemasan berwarna kelabu metalik gelap.

Warna sama turut dikenakan pada cermin sisi, pemegang pintu, corong udara sisi, bed rail dan lampu belakang untuk memberikannya penampilan lebih sporty.

2015 Ford Ranger Wildtrak - Ocean

Walaupun digayakan supaya lebih agresif, Wildtrak baharu turut menampilkan elemen rekaan yang premium dan penuh fungsi. Lampu kabus berbentuk empat segi tepat dan pemijak kaki yang unik memberi penekanan terhadap sifat Wildtrak yang unik. Pada masa yang sama memberinya penampilan lebih teknikal dan halus.

Jentera ini menggunakan rim aloi bersaiz-18 inci yang dihasilkan secara eksklusif. Lengkap dengan grafik Wildtrak yang mantap, reka bentuk baharu ini menyerlahkan keberanian untuk menyahut apa jua cabaran. Malah, warna oren yang menjadi warna signatur Wildtrak telah diubah untuk membuatkannya lebih menonjol.

Selain oren, Wildtrak juga boleh didapati dalam warna putih (Cool White).

Pada bahagian dalaman, warna oren turut digunakan untuk menambah rasa sporty kepada ruang yang cukup moden dan seperti kabin sebuah kereta. Rekaan horizontal yang kukuh bermula dari bahagian pemandu hingga ke pintu penumpang hadapan menyerlahkan kelebaran ruang kabin. Ruang itu menempatkan dua kluster instrumen TFT, skrin sentuh bersaiz lapan inci dan corong pendingin hawa.

Panel instrumen bahagian atas yang lembut apabila dipegang hadir bersama jahitan berwarna oren. Ia memberikan rasa premium kepada bahagian kokpit tanpa mengorbankan aspek kemantapannya.

Selari dengan tema horizontal itu, gegelang pada corong pendingin hawa tampil menarik bersama kemasan krom gelap yang diinspirasikan daripada mesin berkualiti tinggi.

2015 Ford Ranger Wildtrak - Interior dash ASEAN

Wildtrak baharu juga didatangkan dengan tempat duduk yang unik. Ini termasuklah tempat duduk kuasa untuk pemandu bersama elemen-elemen grafik dan jahitan benang berwarna oren yang menggabungkan aspek sporty, tahan lasak dan mantap.

Sebagai model utama dalam varian Ranger, Wildtrak baharu dilengkapi senarai penuh teknologi tercanggih bagi membantu pemandu kekal berhubung dan sentiasa berada dalam kawalan.

Sistem ketersambungan di dalam kereta generasi terkini Ford, SYNC 2 menawarkan pemandu cara yang lebih selamat dan pintar untuk terus berhubung. Dengan menggunakan arahan suara yang lebih santai, seperti “suhu 20 darjah”, “mainkan Motörhead” atau “saya lapar”, pemandu boleh mengawal suhu kenderaan, sistem hiburan dan navigasi dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Skrin sentuh bersaiz lapan inci menempatkan lebih banyak butang kawalan di hujung jari pemandu, dengan sudut yang dikod menggunakan warna untuk memudahkan navigasi menu.

2015 Ford Ranger Wildtrak - Interior Passenger ASEAN

Bagi memberi lebih kemudahan, Ranger baharu menyediakan soket kuasa 240 volt yang boleh digunakan oleh komputer riba atau komputer tablet di mana-mana sahaja.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Lane Keeping Alert dan Lane Keeping Aid bagi menghalang pemandu terkeluar dari laluan secara tidak sengaja apabila memandu pada kelajuan tinggi. Sekiranya kamera hadapan mengesan kenderaan keluar dari laluannya, sistem Lane Keeping Alert akan memberi amaran kepada pemandu melalui satu getaran pada stereng. Jika tiada tindakan diambil untuk membetulkan keadaan, sistem Lane Keeping Aid akan mengenakan kuasa tork pada stereng untuk membawa kenderaan berada di laluan yang betul.

Manakala Adaptive Cruise Control untuk mengekalkan tahap kelajuan sedia ada dan jarak dengan kenderaan di hadapan yang telah ditetapkan sebelum ini. Apabila sistem ini mengesan ada sebuah kenderaan di hadapannya, ia akan memperlahankan trak secara automatik untuk mengekalkan jarak yang selamat. Trak akan kembali memecut untuk mencapai kelajuan yang telah ditetapkan oleh pemandu apabila jalan di hadapan kembali selamat. Pengehad kelajuan yang boleh diubah suai membantu pemandu daripada memandu melebihi kelajuan yang telah ditetapkan secara tidak sengaja

Forward Alert pula berfungsi bersama sistem Adaptive Cruise Control untuk memberi amaran visual dan bunyi kepada pemandu apabila jarak dengan kenderaan hadapan tidak lagi selamat. Sistem ini juga akan memastikan prestasi brek berada di tahap yang optimum

Front and Rear Park Assist menggunakan alat-alat pengesan untuk mengesan halangan dan mengeluarkan bunyi amaran apabila kenderaan semakin hampir dengan halangan pada kelajuan rendah, misalnya ketika hendak memarkir kenderaan. Kamera belakang menawarkan pandangan yang jelas dan memberi lebih keyakinan ketika memarkir dan membawa treler.

2015 Ford Ranger Wildtrak - Jungle

Tire Pressure Monitoring System membantu pemandu untuk kekal selamat dan menjimatkan penggunaan bahan api dengan memberitahu pemandu jika tekanan tayar terlalu rendah

Electronic Stability Control dengan sistem kawalan olengan dan pengurangan goyangan treler, ia membantu memastikan kenderaan sentiasa berada dalam kawalan biarpun pada situasi yang buruk

Driver Impairment Monitor menggunakan kamera hadapan dan alat pengesan di dalam kenderaan untuk mengesan pemandu yang mengantuk. Sekiranya sistem ini mendapati kenderaan keluar dari laluan dan stereng dibetulkan secara tiba-tiba, ia akan memberi amaran kepada pemandu melalui bunyi yang semakin kuat

Dalam pasaran-pasaran tertentu, sistem Emergency Assistance menggunakan telefon yang telah disambung dan dipadankan dengan Bluetooth untuk menghubungi penyedia perkhidmatan kecemasan tempatan sekiranya berlaku kemalangan yang serius. Sistem ini akan menyampaikan maklumat dan lokasi kemalangan, sebelum menyambungkan talian untuk membolehkan anda bercakap secara langsung dengan pasukan kecemasan

Teknologi-teknologi pintar lain yang ada pada Ranger baharu termasuklah Hill Launch Assist, Hill Descent Control, Adaptive Load Control, dan Emergency Brake Assistance membantu menyediakan tenaga tambahan ke atas sistem brek untuk meningkatkan kuasa membrek apabila anda menekan brek dengan pantas dalam situasi kecemasan

Sama seperti mana-mana Ford Ranger baharu, Wildtrak baharu direka dan dibina untuk menakluk dunia. Dengan kemampuan mengharung air sehingga 800mm dan kelegaan tanah setinggi 230mmm, ia berupaya menempuh kebanyakan laluan paling ekstrem dengan mudah.

Transfer case kukuh yang dikawal secara elektronik membolehkan pemandu Ranger varian 4×4 menukar daripada pacuan 4×2 kepada 4×4 ketika kenderaan masih bergerak dengan hanya memutar satu tombol pada konsol tengah. Untuk mendapatkan kuasa tork pada kelajuan rendah atau brek tambahan ketika menuruni bukit, pemandu boleh menggunakan gear 4×4 jarak pendek.

Manakala ciri differential lock elektronic roda belakang membantu meningkatkan cengkaman apabila berdepan situasi sukar. Kekuatan di laluan off-road ini dipadankan dengan keupayaan menunda sehingga 3,500kg serta kapasiti mengangkut beban yang luar biasa.

Wildtrak baharu dipacu oleh enjin diesel generasi terkini 3.2 liter Duratorq lima silinder TDCi Ford yang terbukti di peringkat global dan mampu menawarkan kuasa yang mengagumkan. Enjin itu berupaya menjana kuasa mencecah 147kW dan tork setinggi 470Nm untuk prestasi menunda yang terbaik.

Ia juga menampilkan ciri-ciri yang telah ditambah baik, termasuklah sistem kitaran semula gas ekzos yang membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus. Dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang dikaliberasi penuh berhati-hati untuk memaksimumkan prestasi, kehalusan dan penjimatan bahan apinya.

Dengan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan dan kelancarannya, enjin diesel bersesaran 2.2 liter itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 118kW dan tork 385Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *