Honda Malaysia keluar kenyataan berjaga-jaga melibatkan 46,710 unit model Honda

By  |  0 Comments

Honda_CR-V_2007

Honda Malaysia sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan berjaga-jaga ke atas 46,710 unit kenderaan Honda iaitu melibatkan 26,186 City (model tahun 2008-2009), Civic (2007-2009), CR-V (2007-2008) dan Jazz (2007 & 2009).

Di mana unit terbabit terjejas disebabkan inflator atau pengepam beg udara penumpang hadapan.

Selain itu, 20,524 unit Accord (2003-2007) pula terjejas yang disebabkan oleh pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu.

Honda Malaysia juga akan menggantikan pengepam yang baharu untuk semua model terjejas dan surat pemberitahuan termasuk butiran terkini produk, akan dihantar kepada semua pelanggan terbabit dan dinasihatkan supaya membawa kenderaan mereka ke wakil penjual Honda terdekat untuk pemeriksaan.

Penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat berkenaan diterima, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *