Honda Civic Type R versi produksi bakal menembusi pasaran global

By  |  0 Comments

Honda_Civic_Type_R_3

Selepas memperkenalkannya secara rasmi di Geneva Motor Show pada awal Mac lalu, Honda telah bersedia untuk menghasilkan model produksi bagi Civic Type R ini.

Ia digambarkan sebagai “model Type paling ekstrem dan paling berprestasi tinggi yang pernah dibangunkan”, ia bakal menembusi pasaran Eropah mulai Julai ini dengan dua varian. Malah pelanggan boleh memilih antara lima warna luarannya iaitu Championship White, Crystal Black, Polished Metal, Brilliant Sporty Blue dan Milano Red.

Civic Type R ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 310 PS dan tork 400 Nm antara 2,500 dan 4,500 rpm. Enjin ini turut ditampilkan dengan pengecas turbo baharu, yang bekerjasama dengan sistem
Variable Timing and Lift Electronic Control (VTEC) dan Dual-Variable Timing Control (VTC) ciptaan Honda.

Honda_Civic_Type_R_11

Penjana kuasa ini juga turut berpadu tenaga dengan kotak gear manual enam-kelajuan, yang membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j.

Civic Type R ini turut ditampilkan dengan Adaptive Damper System dan sistem brek hadapan Brembo dengan kaliper empat-omboh. Bukan itu sahaja, Honda turut memadankan Dual Axis Strut Front Suspension untuk membantu mengurangan pergeseran tork sebanyak 50 peratus berbanding suspensi standard Civic. Tidak cukup dengan itu, sistem Dual Pinion Electric Power Steering turut ditampilkan bagi memberikan kuasa stereng yang lebih responsif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *