Lykan Hypersport menyertai barisan jentera polis Abu Dhabi

By  |  0 Comments

Lykan_Hypersport_2

Kalau anda pernah menonton filem ‘Fast and Furios 7’, mesti ada perasan Lykan Hypersport yang ‘diterbangkan’ oleh Vin Diesel yang memegang watak sebagai Dom Toretto. Bayangkan jentera semahal US$ 3.4 million dan juga kereta ketiga termahal di dunia dengan hanya tujuh unit sahaja diproduksikan ini ‘diaksikan’ sedemikian rupa.

Nampak gayanya pengaruh Lykan Hypersport ini turut menarik perhatian polis Abu Dhabi apabila ia dipilih menyertai barisan jentera super mewah di dalam pasukan pertahanan negara kaya itu.

Seperti Dubai, polis Abu Dhabi juga suka mempamerkan sikap menunjuk-nunjuk kemewahan dan bukan untuk dijadikan sebagai kereta peronda polis. Sebelum ini, Roll-Royce Phantom menjadi pilihan Abu Dhabi sebagai salah satu cara untuk menyaingi kehebatan yang dipamerkan oleh rakan sejawat mereka di Dubai.

Lykan Hypersport yang dibangunkan oleh W Motors ini dijanakan oleh enjin 3.7 liter turbo-berkembar yang mampu memuntahkan kuasa sehingga 77p PS dan tork setinggi 1,000 Nm yang disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik enam-kelajuan. Ia mampu dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 2.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 395 km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *